Wednesday 21 December 2011

Doa Ku Dihari Jadi..

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan ,terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan, terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan, terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu



Ya Allah, kami pohonkan kesejahteraan terhadap kami kesegaran tubuh badan, bertambahnya ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, peluang bertaubat sebelum mati, pandapat rahmat pada saat kematian
serta mendapat pengampunan selepas mati... Ya Allah, mudahkanlah kami semasa menghadapi kematian lindungilah kami dari siksaan api neraka serta ampuni kami semasa menghadapi hari perhitungan.


Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Saturday 17 December 2011

Membimbing Tingkah Laku Manusia



Tingkah laku manusia menurut Islam berobjektifkan mancapai akhlak yang mulia. Terdapat 10 perkara untuk mencapai tujuan tersebut:-

1...Pertengahan dan kesederhanaaan... "sebaik-baik keadaan adalah pertengahan" (Hadis), Al-Baqarah (143), Al-Isra' (29 & 110), Al-Furqan (67), Al-A'raf (31).

2...Akhlak yang baik... "orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik kepada isterinya" (Hadis), Al-Imran (134, 159), Al-Fusilat (34).

3...Rendah hati... "barang siapa yang merendah hati kepada saudaranya Muslim Allah akan mengangkat darjatnya dan siapa mengangkat diri nescaya Allah merendahkannya" (Hadis), Al-Furgan (63), As-Syu'ra (215), Al-Maidah (54), Al-Fath (29).

4...Kebenaran... At-Taubah (119), Muhammad (21), Al-Baqarah (117).
      Hadis: Kebenaran itu menunjukkan kebaikan sedangkan kebaikan menunjukan ke syurga. Seseorang akan tetap bersifat benar sehingga dicatat di sisi Allah sebagai Siddiq. Dusta itu menunjukkan kejahatan, sedangkan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang akan terus berdusta sehingga dia dicatat oleh Allah sebagai pendusta.

5...Amanah... Al-Ahzab (72), An-Nisa' (58), Al-Mukminun (8), Al-Baqarah (283).
     Hadis: Tunaikanlah amanah kepada yang memberimu amanah. "Tiada iman bagi siapa yang tiada amanah"

6...Syukur... Luqman ( 12,14), Al-Mukminun (78), Al-Insan (3), Ibrahim (7), Al-Baqarah (152).
     Hadis: Yang paling bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling bersyukur kepada manusia.

7...Penyantun dan kasih sayang... Al-A'raf (199), Al-Hijr (85), Fusilat (34-35), Al-Imran (134).
     Hadis: Allah itu penyayang dan suka kepada kasih sayang dalam segala urusan.

8...Kecintaan... As-Saf (4), Al-Imran (146&159), Al-Maidah (13&42), At-Taubah (108).
     Hadis: Demi Tuhan, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak akan kamu beriman sehingga kamu cinta mencintai. Tidak Aku telah tunjuk kepadamu sesuatu jika kamu perbuatnya nescaya kamu cinta mencintai, iaitu sebarkan perdamaian diantaramu.

9...Pemurah... Al-Baqarah (267&272), Al-Imran (92
     Hadis: Belanjakanlah wahai anak Adam supaya kamu dibelanjai.

10...Menjaga lidah... As-Syu'ara (84), Ar-Rum (22), Al-Fath (11), An-Nur (24).
       Hadis: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia mengatakan yang baik atau diam.
   

    ~Keimanan boleh membantu dalam merawat jiwa seseorang sebagaimana surah Al-Imran 133-135~

Friday 18 November 2011

KERANA

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gila
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga


Friday 21 October 2011

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi





Monday 17 October 2011

Lakaran Kehidupan

Kau cuba mencari dan kau amati 
Hakikat hidup ini 
Seribu nan kasih dirasai 
Di pentas lakonan diri 

Lakaran kehidupanmu 
Tertulis kini 
Semua telah termetri 
Yang pasti ketentuannya nanti 
Suatu hari kian terbukti 

Wahai insan apa kau cari 
Hidup penuh ilusi 
Suka duka datangnya berganti-ganti 
Cuma keikhlasan di jiwa 
Menjadi harta berharga 
Sucikan hati pasti sinar menjelma 

Di kananmu budi kirimu duri 
Pilihanmu sendiri 
Usahlah kabur di persimpangan 
Tetapkan mana haluan 

Lakonan di pentas ini 
Akan terhenti 
Pabila tibanya hari 
Yang pasti ketentuannya nanti 

suatu hari kan terbukti