Monday, 17 October 2011

Lakaran Kehidupan

Kau cuba mencari dan kau amati 
Hakikat hidup ini 
Seribu nan kasih dirasai 
Di pentas lakonan diri 

Lakaran kehidupanmu 
Tertulis kini 
Semua telah termetri 
Yang pasti ketentuannya nanti 
Suatu hari kian terbukti 

Wahai insan apa kau cari 
Hidup penuh ilusi 
Suka duka datangnya berganti-ganti 
Cuma keikhlasan di jiwa 
Menjadi harta berharga 
Sucikan hati pasti sinar menjelma 

Di kananmu budi kirimu duri 
Pilihanmu sendiri 
Usahlah kabur di persimpangan 
Tetapkan mana haluan 

Lakonan di pentas ini 
Akan terhenti 
Pabila tibanya hari 
Yang pasti ketentuannya nanti 

suatu hari kan terbukti 

No comments:

Post a Comment