Wednesday 21 December 2011

Doa Ku Dihari Jadi..

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan ,terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan, terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan, terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu



Ya Allah, kami pohonkan kesejahteraan terhadap kami kesegaran tubuh badan, bertambahnya ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, peluang bertaubat sebelum mati, pandapat rahmat pada saat kematian
serta mendapat pengampunan selepas mati... Ya Allah, mudahkanlah kami semasa menghadapi kematian lindungilah kami dari siksaan api neraka serta ampuni kami semasa menghadapi hari perhitungan.


Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

No comments:

Post a Comment